Monday, July 18, 2011

Tempahan paling hangat

Setakat nie tempahan paling mendapat sambutan adalah Kuih Popia Nestum. Kepada pembaca blog ini yang berminat untuk menempah Kuih Popia Nestum ini bolehlah membuat tempahan dari sekarang.

" Sekali merasa pasti nak lagi "

Tempahan perlu dilakukan terlebih dahulu. Setelah bersetuju dengan harga yang ditawarkan, para pelanggan perlu melakukan pembayaran pendahuluan sebanyak 50% dari jumlah harga tempahan.

Tuesday, July 5, 2011

PENJUALAN PELBAGAI JENIS KEREPEK

Turiam Enterprise adalah salah satu syarikat produk IKS yang boleh menghasilkan pelbagai jenis kerepek yang berasaskan Ubi Kayu dan Pisang. Selain dari menghasilkan pelbagai jenis kerepek, syarikat ini juga boleh menghasilkan pelbagai jenis Biskut Raya bagi mereka yang memerlukan biskut raya samada untuk kegunaan sendiri ataupun untuk menambahkan pendapatan sampingan.Turiam Enterprise juga akan menghasilkan produk IKS yang bermutu dan segar bagi para pelanggan.

Turiam Enterprise ini telah diusahakan oleh Tumari Bin Mansor dan juga Mariam Binti Ehwan. Mereka telah dibantu oleh anak-anak mereka bagi meningkatkan hasil penjualan dan produktiviti syarikat. Kini, Turiam Enterprise sedang berusaha untuk meningkatkan tahap pencapaiannya dari segi pemasaran, penghasilan produk dan juga pembungkusan produk.